Saturday, 28 November 2009

Latar Belakang Tanjung Harapan Chalet,Tasik Chenderoh

Tanjung Harapan Tasik Chenderoh adalah sebuah tempat pelancongan yang sedang hangat diperkatakan oleh setiap kaki pancing dari dalam dan luar negara.Tanjung Harapan terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia yang berusia hampir 70 tahun terbentuk selepas pembinaan Empangan Hidroelektrik Chenderoh.Tanjung Harapan Tasik Chalet mula sepenuhnya beroperasi pada tahun 1997 dengan visi mewujudkan sebuah tempat pelancongan yang terkenal. Pemiliknya; Mohamed Zaki bin Jidin lebih mesra dipanggil cikgu zaki seterusnya mempergiatkan usaha membesarkan chalet tersebut bagi dikomersialkan sebagai tempat pelancongan yang lebih luas dan selesa selain menyediakan pelbagai perkhidmatan : memancing,camping,jungle tracking,boating,water confidence,canoeing dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment